Assalamualaikum,
Saya juga ingin membetulkan apa yang diforwardkan oleh netters
mengenai mandi wiladah.
Saya ingin kongsi ilmu yang saya pelajari semasa di Akademi Islam.
Saya faham ada netters yang menyatakan ada ustaz2ah yang kata mandi
wiladah wajib. Ya, wajib tapi sekiranya wanita itu tidak ada drah
nifas yang berpanjangan, sebab tempoh singkat darah nifas mengikut
kitab fiqh ialah sekelip mata.
Sebenarnya yang kita panggil mandi ni ialah mandi wajib.. dan perkara
yang mewajibkan mandi ada beberapa perkara.. Ulama berkhilaf dan saya
suka petik jawapan dari Al-ahkam .net di mana ulama2 yang menjawab
soalan2 di sini biasanya lebih mendalam dan menerangkan ilat (sebab)
sesuatu hukum. Ilat dalam usul fiqh diperlukan kerana setiap hukum
hakam ada maslahatnya. Misalnya haram minum arak, ilat nya ialah
kerana ia memabukkan. Saya respect pandangan yang mengatakan mandi
wiladah wajib sepeti yang diforward oleh Dr. RIta Aisyah tetapi saya
juga ingin menyatakan bahawa ia adalah khilaf ulama dan tiada nas
yang jelas. Jadi kalau ia khilaf ulama, kita ambil mana yang ada ilat
yang jelas. Jawapan dari panel ustaz di dalam Al-Ahkam ini
menjelaskan, kenapa mandi wajib bagi sesetengah wanita selepas
bersalin dan kenapa bagi setengah yang lain hanya wajib mandi selepas
nifas kering.
Sila baca kemuskilan di bawah:-
_____________________________________________________________________
setahu saya mandi wiladah dilakukan selepas habis nifas (maksudnya
selepas darah nifas kering).. baru2 ini saya terima satu email yg
mengatakan, orang yg bersalin wajib mandi selepas melahirkan anak...
maksudnya lepas selesai bersalin perlu mandi wajib, kemudian selepas
darah nifas kering perlu mandi wajib sekali lagi. soalan saya, adakah
wanita yg melahirkan anak perlu mandi wajib ababila selesai bersalin,
dan mandi lagi sekali apabila darah nifas kering atau mandi wajib
sekali sahaja( iaitu selepas darah nifas kering)..
-drpd jentayue-
Reply:
Tiada dalil mengenai mandi wiladah.
Hadith riwayat al-jamaah kecuali an-nasa'ie meriwayatkan bahawa
perempuan hendaklah melakukan ghusl dan solat selepas berhentinya
darah selepas bersalin samada anak itu hidup atau mati
Imam At-tirmizi menyebut, "di kalangan para sahabat dan generai
tabiin dan generasi tabi' tabiin sepakat mengatakan bahawa wanita
selepas melahirkan anak hendaklah ia tidak bersolat selama 40 hari
kecuali darahnya berhenti. Sekiranya darahnya berhenti mengalir
sebelum tempoh itu (40 hari), hendaklah ia melakukan ghusl (mandi)
dan melakukan solat."
Hadith S.A.W hanya menyebut mandi sekali sahaja selepas keringnya
darah nifas.
Mandi wiladah merupakan term kpd mereka yg keguguran/bersalin melalui
melalui pembedahan/anak mati. Ia masih dlm lingkungan mandi nifas.
Mengenai mandi dua kali (mandi nifas dan mandi wiladah) datang dari
fatwa mufti brunei. Tiada dalil disertakan mengapa perlunya mandi 2
kali(dlm Irysad Hukum Edisi tahun 2000).
Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita
bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm
hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah? WA
Tarjemahan:
Mandi Wiladah = Mandi disebabkan illat bersalin ini adalah satu
pendapat yg masyhur dalam Syafi'iyah, antaranya dalam Kitab-kitab
popular mereka yg berikut: Fathul Mu'ien, Kifayatul Akhyar dan
alGhoyah wa taqreeb. Ini dinamakan mandi wajib kerana bersalin
kemudian kena pula mandi kerana tamatnya Nifas (40 hari). Tidaklah
kita berminat utk memanjangkan kenapa mereka berpendapat demikian.
Tapi spt kata Ust Zayed, mandi yg asah di sisi Jumhur ialah mandi
Nifas sahaja. Jika bersalin tanpa darah atau bersalin secara Caesar
tanpa ada darah, maka di sisi Hanbaliah dan fatwa2 semasa spt Lajnah
Daimah KSA tidak wajib mandi sebab illat mandi ialah adanya Nifas
(bila kering nifas, barulah mandi)
Tafsiran mandi wiladah dan nifas ini adalah khilaf pada tafsiran
illat (sebab) mandi bagi wanita: samada kerana bersalin atau kerana
darah Nifas.
Pilihan kami: Illat mandi bagi wanita bersalin ialah adanya darah
nifas. WA
--- In timang1005@yahoogroups.com, "Aisyah " <didi80@...> wrote:
>
> Askm netters,
>
> saya ingin membetulkan sedikit kekeliruan di sini.
>
> Mandi Wiladah adalah wajib dan bukan sunat. Ia termasuk dalam
> perkara-perkara yang mewajibkan mandi. Ia berbesa dengan mandi
untuk
> nifas, yang dilakukan selepas darah nifas kering.
>
> Mandi wiladah bererti mandi selepas melahirkan (wiladah=kelahiran).
> Ini kerana bayi yang lahir itu diumpamakan sebagai "mani/darah yang
> beku" atau alaqah (rujuk ayat penciptaan manusia)
>
> Walau bagaimana pun mandi wiladah ini boleh dilakukan pada bila-
bila
> masa, waktu terakhir dibolehkan mandi wiladah adalah bersama-sama
> dengan mandi untuk nifas (mandi sekali dengan dua niat).
>
> di bawah ini saya sertakan rujukan saya
>
> Harap membantu :)
>
> -Dr Rita Aisyah
>
> MANDI JUNUB
>
> Hukum Mandi junub Mandi Junub iaitu mandi hadas besar atau mandi
> janabah hukumnya wajib.Yakni apabila sebab "mewajibkannya
> mandi "telah berlaku keatas diri seseorang. Perkara yang
> mewajibkan mandi Islam mewajibkan umatnya mandi setiap kali mereka
> menanggung
> hadas besar. Sebab-sebab mandi wajib ialah seperti berikut:
>
> - Melakukan hubungan jenis sama ada keluar mani atau tidak.
> - Keluar mani sama ada kerana bermimpi atau kerana perbuatan yang
> disengajakan
> - Mati - melainkan orang yang mati syahid.
> - Keluar darah haid iaitu darah yang keluar daripada rahim
> perempuan yang sudah sampai umur
> (baligh) pada waktu sihat badannya.
> - Keluar darah nifas iaitu darah yang keluar daripada rahim
> perempuan sesudah melahirkan anak.
> - Bersalin(Wiladah) iaitu melahirkan bayi, malah jika kering
> sekalipun, sama ada yang lahir itu
> segumpal darah ataupun segumpal daging.
>
> MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS
>
> Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai
> kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi
> kerana nifas.
>
> Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab
> keluar darah nifas.
> Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu
> mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah).
> Begitu juga bagi perempuan yang mengalami
> keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada
> keguguran itu hanya berupa darah beku ('alaqah) ataupun hanya
> berbentuk seketul daging (mudhghah).
> Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut
> untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu
> sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan
> tersebut melakukan mandi.
>
> Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas
mempunyai
> perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah
> yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan
> anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar
> sebelum berlalu lima belas hari
> setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu
> tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari
> atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan
> sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini
> perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
>
> Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu
> melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya
berupa
> darah beku ('alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging
(mudhghah).
> Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah)
> setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.
>
> Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib
> mandi kerana beranak
> (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti
> darahnya atau habis tempoh
> masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau
> masa paling maksima
> selama enam puloh hari enam puloh malam.
>
> Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan
itu
> mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi
> kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya
mengajarkan
> hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.
>
> Rukun mandi
>
> Niat yang disertakan dengan permulaan air keseluruh badan
> iaitu "Sahaja aku mandi mengangkat hadas besar dari sekelian
> tubuhku fardhu kerana Allah Taala".
> Bagi wanita yang haid dan nifas, hendaklah diniatkan hadas haid dan
> nifas.
>
> Niat ini mestilah disertakan dengan permulaan membasuh seluruh
> anggota badan sekalipun jika dimulai dari bahagian bawah.
>
> Jika seseorang baru berniat apabila sebahagian daripada anggota
> badannya sudah dibasuh, maka wajib baginya mengulangi lagi membasuh
> anggota yang terdahulu itu.Jika dia berasa was-was sama ada telah
> berniat atau tidak selepas mandi maka dia wajib mengulangi mandinya.
>
> Sebut lafaz niat
>
> Meratakan air pada seluruh badan, termasuk semua bulu dan rambut
> serta apa yang zahir kecuali bulu dalam lubang hidung.
>
> Rambut yang dijalin dan yang bersanggul wajib dileraikan tetapi
yang
> tersimpul dengan sendirinya,
> dimaafkan. Juga wajib dibasahkan dua lubang telinga, hidung dan
> segala kulit rekahan kaki dan perlipatan badannya. Menghilangkan
> najis pada badan sebelum mandi atau sebelum disampaikan
> air pada anggota yang ada najis.Sekiranya air itu tidak meratai
> keseluruhan badan disebabkan
> ada sesuatu yang menghalangi seperti minyak ,cat dan lilin maka
> perlu mengulanginya kembali.
>
> Cara-cara mandi junub
>
> Untuk mendapatkan kesempurnaan cara-cara berikut hendaklah
diikuti:
>
> *Mengadap kiblat.basuh dua tangan tiga kali .basuh kemaluan
> (istinjak).Buang kotoran seperti
> hingus,mani,mazi atau benda-benda yang menghalangi sampainya air
> keseluruh bada seperti lilin,
> cat, minyak dan lain-lain lagi.
>
> *Ambil wuduk seperti wuduk solat dengan niat "Sahaja aku berwuduk
> untuk mandi wajib sunat kerana Allah Taa'la"
>
> *sesudah berwuduk dengan lengkap mandilah dengan ucapan Bismillah
> dan disertai niat mandi wajib.
>
> *Sampaikanlah air keseluruh bahagian badan dan celah-celahilah
> debgan jari-jari tangan semua rambut kepala kalau berambut panjang
> hingga ke pangkal rambut.
>
> *Kemudian selahilah dalam dua telinga, lubang hidung,celah
> ketiak,lipatan perut dan pusat, bahagia-bahagian antara dua buah
> punggung dan bahagian sulit ,celah jari-jari kaki dan hingga yakin
> air telah sampai keseluruh bahagian badan.
>
> *setelah selasai semuanya ucapkanlah"Aku bersaksi bahawa tiada
tuhan
> yang berhak disembah melaikan Allah yang maha Esa,dan aku bersaksi
> Nabi Muhammad itu persuruh Allah".
>
> Antara perkara-perkara sunat semasa mandi wajib ialah seperti
> berikut.
>
> * Menghadap kiblat
> * Mengambil wuduk
> * Membaca 'Bismillahirrahmanirra- him' yang disertakan dengan
> membaca niatnya
> * Menggosok badan ketika mandi
> * Mendahulukan sebelah kanan da- ripada sebelah kiri
> * Menyilati rambut - menggosok rambut supaya air rata
> * Menyilati anak-anak jari kedua- dua belah tangan dan kaki
> * Mandi dengan bertutup
> * Berturut-turut - iaitu mandi hingga selesai tanpa berhenti atau
> mela kukan pekerjaan lain
> * Tidak bercakap-cakap
> * Membaca doa wuduk Perkara yang dilarang (haram) bagi mereka
yang
> berhadas besar:
> * Mengerjakan sembahyang (sama ada wajib atau sunat).
> * Mengerjakan tawaf.
> * Menyentuh dan membaca al- Quran.
> * Menanggung al-Quran seperti mengangkatnya dengan tangan.
> * Berhenti dalam masjid dan berulang-alik melaluinya - khususnya
> bagi perempuan yang datang
> haid dan nifas kerana bimbang darah kotoran dalam masjid itu
> menitis. Berpuasa bagi perempuan yang haid atau nifas.
>
> Perintah disegerakan mandi Junub. Melambatkan mandi wajib tidak
> elok.
>
> Sebagaimana sabda Nabi SAW:
> "Malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada
> gambar (patung) dan ada
> orang yang berjunub".
> Riwayat oleh Abu daud,Ahmad An-nasaai.Ibnu Hibban"
>
> Sabdanya lagi:
> "Tiga orang yang malaikat rahmat tidak akan menghampirinya iaitu
> bangkai orang kafir, orang yang melumuri tubuh dengan khaluq dan
> orang yang berjunub melambatkan mandi wajib melainkan
> kalau ia mengambil wuduk".
> Diriwayat oleh Abu Daud.
>
> Rujukan:Buku "Rumah idaman syurga impian (isteri teladan) "oleh
> Habsah MD. Nor.
>
> =====
>
> "Kubur itu satu lubang dari beberapa LUBANG NERAKA dari beberapa
> lubang neraka atau SATU KEBUN dari kebun2 disyurga"
> Hadis - Baihaqi & Ibnu Abiddunyya.
>
> "Barangsiapa yg mendurhakai Allah & RasulNya dgn melampaui batas2
> (laranganNya), nescaya Allah masukkan dia ke dlm neraka, serta
kekal
> didlmnya. Dan utknya siksa yg menghinakan" ~ An-Nissa : 14
>
>
> --- In timang1005@yahoogroups.com, "aleesa1940" <aleesa1940@>
> wrote:
> >
> > Ya, mandi wiladah bukan wajib. Saya tak ada nas nak tulis kat
sini
> > sebab tak ingat tapi dulu ada sorang ibu forwardkan jawapan
> seorang
> > ustaz mengenainya dan disiarkand alam egroup ummiku sayang. Yang
> > wajib ialah bila suci dari darah nifas, tak kira selepas berapa
> > hari pun, sebab darah nifas ni paling pendek ialah sekelip mata
> > (jarang orang dapat sependek ni), biasanya 40, maxima 60 hari. So
> > kalau lepas 35 hari dah bersih dari nifas wajib mandi.. nak
> pantang
> > lain2 dari segi makan minum kerja tu keputusan individu tapi tak
> > boleh pantang dari solat kalau dah suci walaupun belum cukup
> tempoh
> > pantang.
> >
> > --- In timang1005@yahoogroups.com, "ummulkhair06" <ummulkhair06@>
> > wrote:
> > >
> > > wmsl.saya ada pengalaman tentang mandi wiladah ni..masa saya
> > > bersalin hari tu saya ada mandi dekat hospital satu hari
selepas
> > > bersalin. setahu saya mandi wiladah ni adalah sunat bukan
wajib.
> > ia
> > > boleh dilakukan bila2 sajer. tapi yang terbaik selepas bersalin
> > lah.
> > > ok nt ada maklumat teerbaru mengenai mandi wilADAH NI SAYA send
> > kat
> > > awak. k.. selamat bersalin..
> > >
> > >
> > >
> > >
> > >
> > > --- In timang1005@yahoogroups.com, "Rozliana" <rozliana@> wrote:
> > > >
> > > > Assalamualaikum sumer..
> > > >
> > > > Saya ada satu kemushkilan disini mengenai mandi wiladah.
> Adakah
> > > ianya wajib
> > > > dilakukan sebaik shj selesai melahirkan anak, maknanya kalu
> > > bersalin kat
> > > > spital, kene mandi wiladah kat sana la yer atau kita blh
> > > tangguhkan sehingga
> > > > balik umah? Diharapkan ada yg sudi memberikan penjelasan kpd
> saya
> > > > memandangkan saya akan melahirkan anak bila2 masa saja nih..
> > > >
> > >
> >
>