A'kum,
Persoalan Puan memang bernas.
Selalunya memang sewaktu melangkah ke alam rumahtangga, dugaan yang
datang di antaranya adalah dengan saudara-mara suami. Terutama sekali
pabila mereka menunggu menimang cahaya-mata. Masyarakat tidak
bersifat menolong tetapi suka menyalahkan.
Perkara ini sebenarnya perlu ditangani dengan pemahaman dan daya
kesabaran yang tinggi. Biasanya suami pun turut merasa stress.
Termasuk jugalah ibu-bapa mertua. Jadi terjadilah budaya menyalahkan
menantu perempuan.
Meyedari hakikat ini, adalah sangat penting kita kita pulang balik
pada amalan agama kita. Bagi diri saya masalah ipar-duai ini hanya
satu cara kita boleh buat untuk menyenangakan diri kita. Iaitu dengan
mengambil langkah menyenangkan hati keluarga mertua tanpa
mengorbankan perasaan diri kita. Kalau mereka tidak memberi
sokongan , hati hendaklah menerima bahwa inilah cara mereka
menyelesaikan masalah. Yang penting ada sepakat di antara suami-
isteri. Mungkin mengambil masa yang lama..... mencari jalan tengah
tetapi ego seorang wanita bernama isteri harus diketepikan bila
berdepan dengan mertua kerana mereka ini sebenarnya merasa amat
sensitif bila berkenaan anak lelaki.
Sebagai seorang wanita saya banyak berbincang bersama kawan dan ibu
untuk memahami masalah ini. Kalau ditanggung seorang, perkara ini
amat membenbankan fikiran dan menyebabkan stress. Tetapi saya cuba
elak daripada terlalu emosional kerana memang naluri wanita menjadi
emosional. Ia adalah semulajadi.
Suami memang simpati dengan masalah kita tetapi jangan memaksa dia
untuk faham. Berilah dia masa untuk memahami anda.
Sebenarnya prinsip peribadi saya, masyarakat sentiasa mempunyai
perkara yang ingin mereka persoalkan tentang orang lain. tetapi
sebenarnya yang mengetahui kebenaran apa yang mereka kata adalah pada
diri kita. Dan kalau kita membenarkan masyarakat mempengaruhi diri
kita tentang apa yang mereka perkatakan maka susah untuk kita menjadi
pemimpin diri kita.
Bersifatlah rasional.
Berserta kesusahan ada kesenangan dan seiring kesenangan ada
kesusahan. Begitulah menurut firman Allah dalam Al-Quran.
Salah satu cara lain adalah cuba jangan selalu mengunjungi keluarga
sebelah mertua dan mendengar jangan membincangkan perkara-perkara
sensitif bersama suami.
Diharapkan pendapat saya mungkin bermanfaat bagi Puan-Puan semua,
namun perbetulkanlah apa-apa yang saya silap sebab ada kemungkinan
cara saya tidak sesuai untuk sesetengah individu.
Sekian,
Yang Benar,
Nini Hadi
--- In timang1005@yahoogroups.com, Hazlina Kadiran <an_linot@y...>
wrote:
> Assalammualaikum semua..
> Nama saya Lin. Saya tergerak hati utk menyertai ruangan ini
kerana saya ingin berkongsi masalah dan saling bertukar-tukar
pendapat bersama dengan ahli yang lain.
> Utk pengetahuan semua sejak belum berkahwin sehingga telah
berkahwin period saya tetap dan teratur namun begitu pada bln Mei
2004 saya telah pergi berurut dan setelah berurut period saya terus
tidak dtg hingga 2, 3 bln mula-mula saya terpaksa makan provera utk
menetapkan period saya namun setelah saya berjumpa dengan Dr Hamid
beliau telah memberi saya beberapa pil kesuburan. Syukur ke hadrat
Ilahi kerana period saya teratur cuma jika dulu jangka masa period
saya 7 hari namun kini 3 hingga 5 hari sahaja. Namun saya tetap
bersyukur kerana period saya telah teratur.
> Cuma yg merungsingkan saya kini adalah saya ingin mengandung
kerana saya rasa tersisih ketika bersama-sama keluarga sebelah suami.
>
>
> ---------------------------------
> Do you Yahoo!?
> Yahoo! Mail is new and improved - Check it out!