Waalaikumsalam.
Pertanyaaan Pn. Syeida banyak diutarakan wanita lain yang mempunyai
masalah sama.
Selepas gugur, badan kehilangan darah yang banyak sama seperti
selepas bersalin. Jadi badan sebenarnya lemah dan tidak bersedia
beriadah.
Elok puan memakan vitamin C 1000Mg dan Vitamin E 800IU serta
supplement iron. Makanlah masakan limpa dan hati lembu dan ayam yang
kaya dengan zat besi. Jangan pantang sangat makan kerana badan perlu
membina balik sel-sel badan. Oleh itu ia memerlukan semua jenis zat
pemakanan. Makanlah apa sahaja sayuran dan lauk-pauk. Elakkan minum
air sejuk dan makanan tidak berzat. Minum air milo panas dan susu
panas.
Puan bertanya sama ada bersedia untuk pergi kursus sejurus selepas
itu. Puan boleh pergi untuk kursus itu tetapi pastikan puan banyak
duduk dan tidak bergerak. Badan tidak boleh dikerah sangat. Sekiranya
ada akitiviti fisikal dalam kursus dapatkan surat doktor untuk
menyokong kenapa puan tidak boleh beriadah.
ELAKKAN MEMAKAN SPIRULINA DAN GAMAT BUAT 2-3 MINGGU kerana ia akan
menganggu proses penyembuhan. Ini kerana ia mengacau tindak-balas
anti-biotiks yang doktor berikan untuk membunuh kuman, menyebabkan
luka dalaman mudah bernanah. Selepas 3-4 minggu barulah makan.
Sekian,
Nini Hadi
In timang1005@yahoogroups.com, "SyiEda Khamis" <dissa79@y...> wrote:
> assalamualaikum members timang..
>
> actually dah lama join group ni cuma blum post any msg. nama saya
> syieda, seorang guru dari muar, johor. saya pregnant baby sulung
dan
> baru berusia 9w. minggu lepas, 9/9 saya telah keguguran dan
> menjalani D&C. saya mendpt mc 2 weeks until 22/9.
>
> memandangkan belum ada pengalaman dlm pregnancy dan gugur ni, saya
> nak tanya sket pengalaman members yg pernah gugur.. bagaimana
> pantang yg saya kena buat dan supplement yg perlu diambil.. jelly
> gamat, manjakani..
>
> buat nini saya nak tanya,
> on 20-24/9 ni saya ada kursus di sepang anjuran kpm. kursus ni
> penting utk proses pengajaran saya. memandangkan saya baru D&C dan
> proses pemulihan rahim dlm 2 minggu, adakah memudaratkan kesihatan
> saya kalau saya pergi mengikuti kursus ni.
>
> terima kasih..