Puan,
Memang diakui sebenarnya hendak menimang cahayamata merupakan satu
ujian yang amat berat. Dalam kes ini Puan Roseliliwati mempunyai PCO
ataupun kes Ovaris bengkak tidak dapat dilepaskan dan kitaran haid
yang terganggu.
PCO ini adalah disebabkan pengaruh caragaya hidup kita. Zaman
sekarang disebabkan perubahan caragaya hidup seperti stress kerja
yang meningkat, penyediaan makanan yang segera dan tidak berzat,
latihan jasmani yang kurang dan sebagainya menyebabkan ramai wanita
mendapat PCO. Perkara ini memang adalah sensitif dan sukar
dibincangkan akan tetapi sebenarnya perlu dibuat dengan hati terbuka.
Saya memang mengalu-alukan soalan dari Puan Roseliliwati yang begitu
berani mahu berkongsi pengalamannya kerana memang tidak mudah untuk
kita berbincang tentang hal-hal seperti ini.
Kalau menurut Prof, cara menangani PCO ini adalah dengan menguruskan
badan. Ini kerana kitaran haid berkadar langsung dengan berat badan.
Kalau berat badan di luar yang ideal maka haid menjadi tidak menentu.
Ini kerana berat badan mempengaruhi sistem dalam otak yang mengawal
kitaran haid. Dan dalam kes PCO cara utama mengawal PCO ialah dengan
mengurangkan berat badan.
Insyaallah haid akan stabil setelah berat badan turun.
Memang tidak mudah untuk menurunkan berat badan, saya akui tetapi
kalau targetkan 2-3 kilo untuk 3-4 bulan dalam setahun turunlah 8-12
setahun. Jadi tidaklah terasa kesusahan nak menghilangkan berat
badan. Kalau dibuat mendadak, pasti terasa susah. Masukkan aktiviti
lari setempat 5-10 sehari. Ia menolong tingkatkan metabolisma badan
seeloknya sejurus bangun pagi. Jangan patah semangat. Berat badan
seharusnya seimbang dengan ketinggian. Kalau wanita setinggi 5'3"
Cuba turunkan sehingga 58-60kg. Kalau berat badan sangat tinggi, ubah
jenis pemakanan. Kurangkan karbohidrat dan lebihkan protin dan
sayuran.
Buat masa sekarang Prof sedang menyelidik ubat untuk PCO dan untuk
menguruskan badan. Kalau siap nanti kita akan pasarkan sedikit masa
lagi.
Tetapi untuk pengetahuan anda semua ada wanita yang mempunyai PCO
serta lelaki spermanya sedikit berjaya mendapat anak. Ia memang tidak
mustahil. Tetapi langkah-langkah segera harus diambil dan juga
persediaan untuk mengubah caragay hidup kita perlu dibuat.
Kalau berkaitan IVF, memang ada banyak jenis IVF yang boleh
dilakukan. Tetapi ia sejenis rawatan yang amat memerlukan pengorbanan
wang, masa, fisikal dan emosi. Pernah dikatakan sisuami terpaksa
tahan dengan perubahan hormon isteri selepas suntikan dibuat
sehinggakan menyebabkan suami menjadi stress oleh kerananya.Kita
perlu bersedia untuk dikecewakan apabila ianya tidak berjaya kelak.
Memang peratusannya amat rendah. Tetapi kalau puan mahu mencuba
memang boleh.
Oklah, diharapkan member-member lain akan memberi pendapat masing-
masing. Sekian.
Nini Hadi.
--- In timang1005@yahoogroups.com, "ROSELILIWATI MD GHAZALI"
<liliwati@b...> wrote:
>
> A'kum semua...
>
> Dah lama saya mengikuti group Timang ni dan baru sekarang ada yang
> bersuara. Alhamdullilah... buat perkenalan, nama saya Lily dan dah
> kahwin nak masuk 7 tahun akhir Sept ni. Selepas berjumpa Prof Dr
Hamid,
> Prof memberitahu yang saya mengalami Polycystic ovaries dan juga
berat
> badan yg berlebihan. Disebabkan itu, period saya tak menentu.
Pernah 7
> bulan tak dtg period tapi tak pulak mengandung. Tapi alhamdullilah,
> tahun ni period saya datang setiap bulan cuma cycle jer yg tak
menentu.
> Saya mengamalkan Gamat Emas, Spirulina juga Evening Primrose
disamping
> memulakan aktiviti riadah dan rawatan drp Prof.
>
> Disebabkan umur dah meningkat, saya rasa macam nak buat IVF tapi
kosnya
> banyak dan % utk berjaya amatlah sikit 20-25%. Ingin saya mengetahui
> jika ada diantara group ini yg pernah buat IVF dan berjaya. Kalau
ada
> kongsi la pengalaman anda.
>
> Oklah, stop dulu buat masa ini... hingga ketemu kembali, sambut la
> salam perkenalan dr saya.
>
> Lily
>
>
> DISCLAIMER:
>
> This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby
notified that any review, distribution, printing, copying or use of
this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail
in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and
delete the original message. Opinions, conclusions and other
information in this e-mail that do not relate to the official
business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa
Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by
Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no
responsibility for the same. All liability arising from or in
connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded
to the fullest extent permitted by law.