A'kum,
"Ectopic pregnancy" adalah kandungan luar rahim yang mana kandungan
tidak terletak di tempat yang sepatutnya yakni di luar rahim,
seumpamanya di fallopian tiub. Ia berada di luar rahim. Keadaan ini
sangat membahayakan dan boleh menyebabkan maut kalau tidak dipantau
dengan segera.
Untuk membuat ujian kehamilan kebiasaannya kita perlu menunggu 10-14
hari selepas tarikh haid sepatutnya datang. Pada waktu pagi,ujian
pregnancy boleh dilakukan.
Tanda ectopic pregnancy ialah seperti wanita sedang hamil. "morning
sickness", pening-pening lalat. Tetapi ia di ikuti dengan rasa sakit
yang amat sangat di bahagian pinggang ke bawah, pendarahan dari faraj
dan kadang-kala, pitam.
Kita perlu mengawasi kitaran haid untuk memastikan ia tetap setiap
bulan. Kalau kita merasakan diri kita hamil perlulah melawat klinik
sakit puan untuk melakukan ujian scan dengan segera.
Hanya dengan cara ini sahajalah kita boleh mengetahui sama ada
kandungan berada dalam rahim atau tidak. Kalau didapati ia berada di
luar rahim, satu pembedahan yang dinamakan Mini-laporotomy akan
dilakukan untuk membuang kandungan luar rahim itu. Kebiasaanya
fallopian tiub tidak dapat diselamatkan.
Jadi eloklah sebaik sahaja mengandung kita pergi melawat pakar sakit
puan untuk ujian ultra-sound dan memastikan nyawa kita berada dalam
keadaan selamat bersama kandungan.
Sekian harap jawapan ini menjawab soalan anda.
Nini.
Sekian.