Hi Nikku..
saya cadangkan Nikku cuba dapatkan cara macam mana nak betulkan
period dulu coz benda ni ada kaitan dgn hormon.. kegemukkan tu pada
saya tak jadi masalah sangat..cuma kalau pregnant nanti mungkin ada
komplikasi la.. tapi tak tahu gak la.. coz hal macam ni rezeki masing-
masing..
saya pun bertubuh gemuk.. gemuk sejak dari kecil lagi..
saya pregnant anak pertama selepas 7 bulan kawin.. masa tu berat saya
103kg..tinggi 165cm.. tentu Nikku boleh anggarkan sebesar mana tubuh
saya..saya pun tinggal berjauhan dari suami.. cuma bertemu setiap
hujung minggu.. masa pregnant alhamdulillah saya tak pernah alami
apa2 alahan..malah lain2 komplikasi seperti darah tinggi dan diabetis
pun takde.. saya pun dapat bersalin normal..cuma ambil epidural je..
Ketika usia anak sulung saya 1 thn 3 bln.. saya pregnant lagi.. masa
tu berat saya 115kg..sama spt kandungan pertama..saya tak alami apa2
komplikasi..dan bersalin secara normal tanpa apa2 ubat penahan sakit..
alhamdulillah.. kedua-dua anak saya sihat..
sekarang saya sedang cuba turunkan berat badan sebagai persediaan
untuk mengandung lagi sebab takut nanti tak larat nak bawak
badan..lagipun umur dah meningkat..so, Nikku jgn putus asa.. dapatkan
rawatan untuk betulkan period dulu..
--- In timang1005@yahoogroups.com, "missathenna" <missathenna@...>
wrote:
>
> Hi semua.
>
> Nikku baru dalah group nih. Sila beri tunjuk ajar.
>
> Nikku berkahwin 8/4/2006. Sehingga ke hari ini, period nikku tak
> pernah nya teratur. Malah, boleh dikira berapa kali sahaja. Dan
> sekiranya period, tak lama, mungkin selama 3 hari sahaja.
> Gap period ke period seterusnya paling lama 7 bulan. Dan paling
> sekejap 2 bulan. Dan, dah banyak pregnancy kit test nikku dah cuba,
> dan semuanya negatif.
>
> Untuk makluman, nikku tinggal berjauhan dengan hubby due to tempat
> kerja yang jauh. Nikku dulu aktif bersukan bola tampar, tapi sejak
> kahwin, nikku berhenti sebab praktis sukan adalah di waktu hujung
> minggu dan memakan tempoh hampir seharian, so, hubby decide nikku
> should quit playing. Sekarang, berat nikku dah bertambah.
>
> Ketika anak dara, period nikku tak stabil jugak, tapi gapnya
> takdelah sampai 7 bulan per period. Dan, yang paling ketara, beza
> nikku ketika anak dara dan selepas kahwin, jerawat dah tiada lagi
> tumbuh di muka.
>
> Nikku dah berjumpa doktor, tapi doktor kata usia perkahwinan nikku
> masih muda lagipun nikku tinggal berjauhan dengan suami, maka susah
> nikku nak mengandung. Doktor juga kata nikku gemuk, mungkin banyak
> lemak tersekat.
>
> Apa yang nyata, setiap kali tempoh sepatut nikku period, nikku akan
> sakit senggugut tapi darah tak keluar juga. Yang keluar cuma cairan
> coklat sedikit dan bila basuh, akan hilang begitu sahaja. Tak perlu
> pakai tuala wanita pun.
>
> Nikku confuse sebenarnya. Nikku datang dari keluarga yang subur2,
> maksudnya, adik beradik Nikku dah suami ramai. Malah adik beradik
> nikku yang berkahwin pun mudah dapat dan ada anak. Faktor gemuk
> menjadi faktor? 3 Kawan nikku yang saiznya 2 kali ganda saiz nikku
> dah pun selamat melahirkan anak.
>
> Nikku tak tahu nak mula dari mana. Pernah rujuk LPPKN, tapi mereka
> kata kena tunggu period baru boleh start testing. Probnya, period
> nikku ntah bila.
>
> Help me..
>
> Nikku.
>