Amieyza....
saya dulu pun mcm tu juga kandungan gula tinggi dalam
darah... saya kena duduk wad dari kandungan berusia 34
week (masa tu baru ada gula sebelum tak de) sehingga
saya delivery pada 37 week secara c- section. Saya
juga makan produk gamat Healin tapi saya ambil gamat
Emulsion.. dan saya talipon sendiri di Healwel
Farmasi.. walaupun dia cuma suppliment tapi kita tak
boleh ambil sebarangan yang tidak bersesuaian dengan
keaadan diri kita. So harap jgn lah ambil sesuka hati
rujuk dulu pada yang pakar.
--- Ammieyza <miey1412@...> wrote:
> salam kak nin & teman2 timang..
>
> saya ade kemusykilan berkenaan diabetes semasa
> hamil.
>
> saya skrg ni sdg pregnen anak ke-2, & kandungan
> berusia 5 bulan. rabu lps saya gi check-up di klinik
> kerajaan & di suruh minum air gula (memandangkan
> ayah saya adalah pesakit diabetes). sblm hari g
> cek-up tu saya diarahkan berpuasa dr pkl 10 mlm
> sehingga pagi diklinik. sblm diberi minum air gula 1
> gelas, bacaan kandungan gula dlm darah diambil &
> bacaan menunjukkan 6.0. (dr situ saya dh risau).
> slps minum air gula, kene mnunggu 2 jam & bacaan
> darah diambil lg slps itu & menunjukkan 9.1. saya
> ditahan oleh misi di klinik krajaan tersebut &
> diberitahu saya mengidap diabetes (atau mungkin
> hanya ketika hamil). kerana pada masa saya tidak
> pregnen & mangandungkan anak first, kandungan gula
> dlm darah saya adalah rendah & tiada sebarang
> masalah.
> misi diklinik tersebut terangkan pd saya risiko2
> yg terpaksa dihadapi oleh ibu hamil yg mengidap
> diabetes. antaranya mungkin kepala baby bersaiz
> besar dr badan, atau tulang belakang tidak dpt
> terbentuk dgn sempurna. Saya jadi semakin risau &
> takut.
>
> pada ketika misi memberikan ceramah, dia bertanya
> kpd saya, apa yg saya makan/ambil ketika bersahur &
> berbuka. saya terangkan saya bersahur makan nasi &
> minum air teh O. masa berbuka pula, hari2 saya minum
> air buah yg diblender sndiri & makan nasi/beehon/kue
> teow/mee goreng. (makanan berbuka tu antara salah
> satu la). misi hanya menggelengkan kepala, krn
> terlalu byk karbohidrat yg saya ambil masa bulan
> puasa ini, & itu antara sebab gula dlm darah tidak
> digunakan menjadi tenaga.
>
> slps tu, saya blk kerumah & menjadi semakin risau.
> saya call mak saya & mak saya terangkan ayah amalkan
> minum produk Healin "Gamalin Plus". saya ingin
> mencuba poduk tersebut, tapi bolehkan wanita hamil
> minum Gamalin Plus ni?
>
> Dan saya ingin minta pendapat kak nini & teman2
> timang group untuk kemusykilan & kerisauan saya ini.
> Bantulah saya.....
>
> terima kasih.
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Shape Yahoo! in your own image. Join our Network
> Research Panel today!
________________________________________________________________________________\
____
Tonight's top picks. What will you watch tonight? Preview the hottest shows on
Yahoo! TV.
http://tv.yahoo.com/