Selamat Datang ke Myherba- portal herba anda
Anda dialu-alukan mengirim sebarang bentuk kiriman yang berkait dengan tumbuhan herba seperti maklumat am, kandungan kimia, dos yang sesuai, termasuk kajian yang dijalankan keatas tumbuhan herba termasuk kesan sampingan dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika menggunakan herba. Selain itu ia juga bertujuan mendedahkan segala pengetahuan seperti petua, resipi dan cara penggunaan herba yang diwarisi turun temurun agar pengetahuan ini dapat didokumentasikan sebagai rujukan generasi akan datang persediaan herba juga memerlukan sukatan dan dos yang perlu ditentukan agar tidak berlaku keracunan dan komplikasi yang tidak diingini.Pengetahuan dan amalan kesihatan menggunakan herba adalah satu khazanah yang amat berguna. Pengetahuan begini perlu di dokumentasikan agar ia tidak hanya akan kekal sebagai 'tacit knowledge' yang akan hilang bersama perubahan zaman dan generasi.
Jika anda ingin mengiklankan produk/ perkhidmatan anda kami menyediakan khidmat promosi melalui:
1. Pakej Pengiklanan utama:PPU
2. Pengiklanan Banner: Banner
Maklumat terperinci mengenai tumbuhan herba boleh didapati di: Melur.com
Anda di benarkan mengiklan sebarang iklan yang berkaitan dengan herba di sini pada sepanjang minggu. Bagi iklan yang tiada kaitan dengan herba, sila hantar pada hari SABTU/AHAD sahaja. Namun peraturan ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Penafian:Artikel ini telah disiarkan di Myherba, grup yang membincangkan segenap aspek tumbuhan herba. Ia disiarkan untuk pengetahuan am , artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.